SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA!
 mengisahkan tentang sebuah perkahwinan tanpa rela antara Syafa Aqira 
dan Firash Arshad. Syaf (Syafa Aqira) merupakan yatim piatu yang 
kehilangan ibu bapa dalam kemalangan. Dia mengenali Farish Adryan abang 
kepada Firash, di zaman universitinya dan menyulam cinta selama beberapa
 tahun namun akhirnya terputus di tengah jalan angkara hati manusia yang
 jahil dalam agama. Dia diperangkap tanpa sengaja dan menjadi mangsa 
keadaan. Dia ditangkap dalam peristiwa hitam yang memusnahkan impian 
perkahwinannya bersama Farish! Tanpa rela, dia terpaksa menerima 
permintaan ibu kepada Firash dan Farish yang meminta Syaf untuk 
berkahwin dengan anak bongsunya, Firash yang ditangkap bersamanya bagi 
menjaga maruah keduanya dan untuk kebaikan bersama.
Farish
 yang kecewa akhirnya meningal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 
hari pernikahan Syaf dan Firash. Syaf tidak dibenarkan menghadiri 
pengebumian Farish kerana Firash tidak ingin sesiapa pun tahu mengenai 
perkahwinan mereka. Selepas itu, bermula lah kehidupan Syaf bersama 
lelaki yang tidak dicintainya. Saban hari berlaku pertengkaran antara 
mereka. Walaupun tidak tinggal serumah kerana Farish masih menuntut di 
sebuah universiti, tetapi mereka selalu terserempak di 
mana-mana.Takdir!Apatah lagi,Datin Farizah, ibu Farish selalu sahaja 
merancang agendanya tersendiri untuk melihat kebahagiaan ank dan 
menantunya. Syaf juga sudah di anggap seperti anaknya sendiri sebelum 
menjadi menantunya lagi.
Firash!nama
 itu selalu saja cuba menyakiti hati Syaf. Ada saja yang tidak kena di 
matanya. Perangainya yang tidak matang dan kebudak budakan kerana usia 
nya baru mencecah 21 tahun. Manakala Syaf 4 tahun lebih tua dari itu. 
Walaupun pada zahirnya Firash berperangai sedemikian, selalu sahaja dia 
tersenyum sendiri mengingatkan Syaf yang kelam kabut itu! sengaja dia 
menakut nakutkan Syaf sehingga wanita itu gerun.Tanpa sedar, ada rasa 
mula bercambah dalam diri Firash. Tapi dia tidak pernah meluahkan. 
Kehadiran Haqimy, abg sepupunya yg juga rakan baik Syaf ketika di 
sekolah menengah mengundang cemburu Firash. Ada2 saja gelagatnya.
Suatu
 hari,Syaf ditukarkan tempat kerja ke Kerteh, Terengganu. Dalam waktu 
yang sama, Haqimy merupakan Pengurus disitu. Sudah takdir, Firash ketika
 itu ditakdirkan menjalani latihan praktikal di tempat yg 
sama!bertambahlah cemburunya melihat kemesraan isterinya bersama abg 
sepupu yg tidak pernah disukainya itu,walaupun antara Syaf dan Haqimy 
hanya didasari atas perhubungan antara sahabat.Namun, di sini juga 
perlahan-lahan Firash belajar menghargai kehadiran Syaf dan berlaku 
pelbagai peristiwa yang lucu antara mereka. Kerasnya hati Firash hanya 
pada luaran. Dalam diam dia amat menjaga Syaf..
Namun
 kebahagian  mereka tidak lama apabila munculnya Raina yg menjadi dalang
 peristiwa hitam antara Syaf dan Firash satu ketika dulu. Raina masih 
tidak berputus asa untuk memiliki Firash. Satu peristiwa berlaku dan 
menghancur luluh kn cinta Syaf yg baru sahaja bercambah buat Firash. 
Syaf akhirnya membawa diri dan meninggalkan Firash. Firash yang menyesal
 berusaha mencari Syaf dan berusaha sesungguh hatinya agar Syaf 
menerimanya kembali.Bagaimana kesudahannya???

 

No comments:
Post a Comment