Wednesday 22 May 2013

MASTARI menyinar di Turki



Baru-baru ini, kumpulan MAStari yang terdiri daripada anak-anak kakitangan MAS berserta enam pemuzik MASenidaya dengan diketuai oleh Azman Ismail dari Jabatan Bantuan Pesawat SZB telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Festival Kanak-Kanak  ke-8 di Bandar Pelabuhan Pendik, Turki.

Setibanya kumpulan tersebut di Bandar Pelabuhan Pendik, mereka telah disambut dengan mesra oleh Dato Bandar Pendik, Dr Kenan Sahin. Di dalam ucapannya, Dr Sahin amat berbesar hati menerima kedatangan para peserta ke festival tersebut dan berharap agar festival ini berjalan dengan lancar. Di antara negara-negara yang turut dijemput untuk menjayakan festival tersebut adalah Azerbaijan, China, Indonesia, Georgia, Hungary, Turkish Republic of Northern Cyprus, Slovakia dan Ukraine.

Setiap hari bermula 19 April hingga 24 April, MAStari telah mempersembahkan beberapa tarian tradisional seperti Tarian Zapin dari Johor dengan memperkenalkan kain corak batik berserta Bunga Pahar, Tepak Sirih dan Bunga Manggar, tarian Inang Cina dari Melaka, tarian Jerai yang berkonsepkan tarian ala-ala menuai padi dari Negeri Kedah, Tarian Joget 106 dan tarian Sara, sebuah tarian ala Arab.

Enam pemuzik MASenidaya adalah terdiri daripada Azman Ismail, pemain violin dari Jabatan Bantuan Pesawat SZB, Anbu Arasu, pemain orkadian dari Jabatan Kejuruteraan Hangar 01, Salim, pemain guitar dari Jabatan NRM, Mohd Tauhid, pemain gendang 1 dari Jabatan Kejuruteraan AMU KLIA , Ezafel Ezudin, pemain gendang 2 dari Jabatan Perhubungan Luar, SZB.

Turut sama berada di festival tersebut adalah Puan Noor Intan Shafinar Yahaya dari Jabatan Belanjawan, SZB dan Mohd Nadri Ismail dari Jabatan Harta MAS SZB sebagai Jurulatih tarian kepada kumpulan MAStari.

Pada keseluruhannya, misi dan visi MAStari untuk membawa bendera Malaysia ke Turki telah berjaya dan membanggakan. MASenidaya adalah media seni Syarikat dan sekali gus mempromosikan MAS, Fireflyz, MASwing, MASkargo, KSK dan KSM ke mata dunia.

Kami akan memulakan sesi pengambilan pelatih-pelatih baru MAStari untuk 2014 pada bulan Mei. Kepada kakitangan MAS yang mempunyai anak-anak berbakat, bolehlah mendaftarkan anak-anak anda menyertai MAStari. Kami memerlukan sokongan dan komitmen anda untuk menjayakan MAStari.

Oleh: Azman Hj Ismail, Pengurus MAStari 2011
 
English Translation
 
Our MAStari dance group made us proud as they took part in the International Children Dance Festival in Pendik, Turkey last April. The MAStari group is made up of dancers who are children of MAS staff. Our dancers had a tight schedule at this festival. Their performances started from 19 to 24 April where they showcased both traditional and contemporary Malaysian's dance. This festival is an opportunity for us to promote our airlines including our subsidiaries. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...